Tiada yang lebih baik dari yang namanya sabar. Biar apa jua yang berlaku, teruskanlah bersabar. Dengan cara itu, dirimu akan lebih kuat untuk menghadapi segala onak dan duri. Ia akan membuatmu lebih matang dan eloklah ia didijadikan pengajaran di masa depan.
Lepaskanlah dia pergi bersama kenangan lalu. Biarkanlah masa yang menentukan segalanya. Jangan pernah sia-siakan masa yang ada untuk merenung segala detik hitam itu.
Walaupon ianya amat pahit untuk ditelan yakinlah dengan janji-janji NYA. Ia berlaku bersebab, tiada guna merenung detik itu kalau kita tidak pernah memperbaiki kisah silam kita sendiri.
Tiada siapa yang tidak pernah berbuat salah. Mungkin kesilapan kita dulu telah mengajar kita untuk menjadi orang yang lebih berguna untuk masa depan. Siapa tahu???
Yakinlah dengan janji TUHANmu, setiap yang beralaku ada hikmah dah balasannya...
Mungkin sekarang kita merasa pahitnya, tiada siapa tahu apa akan berlaku esok dan seterusnya. Yakinlah bahawa setiap kesakitan itu ada harganya, mungkin kesakitan dan kepahitan ini bersebab dan lebih mengajar kita erti kehidupan sebenar. Mungkinkah jua didalam kepahitan yang kita lalui sekarang terselit seribu kemanisan didalamnya. Allahu alam.
Seandainya memang dia tercipta untuk kita tiada sesiapa yang dapat memisahkanya.
Walaupun sekuat mana sehebat, mana dugaan kalau memang dia untukmu tetap dia untukmu. Dan seandainya bukan dia orang itu, ada insan yang lebih layak untuk. Berdoa, tawakal dan berserah padaNYA. DIA lebih tahu sesuatu yang berlaku.
Semoga kita semua dapat mengharungi liku-liku kehidupan yang amat mencabar ini. ALLAH tidak akan menguji hambanya melebihi kemampuan umatnya.
Jangan terus-terusan kita menyalahkan diri kita tetapi marilah kita bangkit mengejar segalanya perintahnya.
Perjalanan kita masih jauh, janganlah kita persia-siakan masa yang ada dengan penyesalan tanpa perubahan yang lebih baik.

No comments:
Post a Comment