Tuesday, December 27, 2011

Apa itu cinta???

Aku bingung. Pada siapa lagi harus aku luahkan rasa dihati ini? Ya ALLAH, seandainya aku memang tercipta untuknya engkau bukakanlah hatiku ini buat dirinya. Tapi jika sebaliknya, engkau berilah aku kekuatan untuk menyatakan yang sejujurnya.
Dia menanti keputusan dariku, tapi hingga saat ini aku masih belum memutuskan sebarang kata. Aku sendiri tidak mengerti apakah makna perasaan ini? Aku keliru dengan hatiku sendiri
Adakah ini berlaku disebabkan kenangan masa lalu? Tegakah aku membuat dia terus menanti disebabkan masa silamku yang sentiasa tegar dalam ingatanku?
Terlalu banyak persoalan yang sering bermain di fikiran.
Sampai bila harus aku begini, aku sendiri tidak pasti.
Aku sendiri tidak faham apakah yang aku rasakan bila aku bersamanya. Mungkinkah aku sudah lupa apa itu cinta. Mungkinkah aku akan terus begini kerana masa silam yang terus menghantui.
Kejamkah aku dengan diriku sendiri? Tapi aku lebih kejam seandainya aku terima huluran cintanya tanpa aku sendiri tidak pasti adakah cinta itu buatnya.
Sampai bila persoalan ini berakhir? Sampai bila persoalan ini selesai? Sampai bila aku terus begini?
Adakah aku diberi peluang untuk menjawab segala persoalan itu. Persoalan yang sangat sukar untuk aku selesaikan.

No comments:

Post a Comment