Aku lebih rela disakiti dengan orang yang bergelar boy friend, kekasih hati dan semaksud dengannya kerana bila aku disakit aku boleh meluahkan rasa sedihku padamu yang bergelar sahabatku.
Aku boleh nyatakan segala rasa terkilanku ini padamu. Aku boleh mencurahkan segalanya padamu.
Tapi bila kau yang bergelar sahabat setiaku sejak bertahun-tahun lamanya menyakiti aku rasa sakitnya berganda-ganda dari sakit ditinggalkan dengan sang kekasih. Rasanya teramat sakit. Ianya lebih memeritkan dan kesannya amat mendalam.
Ketahuilah wahai sahabatku, tiada sesiapa yang lebih mengenali dan lebih mengerti aku melaikan kau. Tapi kenapa kau tergamak menghancurkan hatiku, menghancurkan persahabatan kita. Andai kau sayang diri ini, hal itu tidak akan berlaku kerana kau lebih tahu siapa aku sebenarnya.
Tapi semua itu kau yang dulu yang sentiasa faham akan keadaanku yang, sentiasa menyokong apa jua keputusanku dan sentiasa berada dibelakangku. Yang tidak pernah jemu mendengar segala rasa dihati.
Kita bajai persahabatan kita dengan kesefahaman yang besar dan tinggi. Yang tiada galang gantinya. Kita yang sentiasa bersama diwaktu duka ataupun gembira.
Mana kau yang dulu?

mungkin ade hikmah disebalik yg berlaku...mungkin jua ianya satu dugaan darinya utk menguji seteguh mana persahabatn itu. ade kah dgn ujian ini kamu mampu pertahankan sebuah ikatan itu atau pun akn mengoyahkan nya..hanya kalian yang mampu menilainya..
ReplyDelete