Monday, January 9, 2012

Dugaan kecil

Senyum tak perlu kata apa-apa :)

Senyum. Ya dengan senyuman kita boleh menutup kesakitan yang kita alami. Mungkin orang akan melihat kita bahagia disamping senyuman itu. Tapi hakikatnya hanya, aku dan TUHAN sahaja yang tahu.

Walau bagaimana derita yang ditanggung senyuman tetap mekar dibibir walaupon kadang kala itu sebenarnya senyuman palsu.

Lalu apa lagi harus aku lakukan tanpa senyuman?...
Memberontak?...Mengalak?...
Oh! Itu bukan aku.

Ini hanyalah dugaan kecil. "Ramai lagi di luar sana yang lebih menderita dan lebih tersiksa daripada aku." Ayat inilah yang sering bermain difikiran seandainya dugaan terus menimpa.

Orang kata buat baik berpada-pada. Adakah perbuatanku ini melebihi?
Oh sahabatku!!! Ini kah balasan setelah apa yang telah aku lakukan padamu?...

Ya, ini hanyalah dugaan kecil. Tapi ketahuilah sahabatku walaupun, aku sering berkata "it's ok" tapi jauh di sudut hatiku aku terkilan dengan sikap dan janji-janjimu. Setelah aku lakukan yang terbaik untukmu ini yang kau balas padaku?...

Aku tidak minta kau bayar segalanya cukuplah kau kotakan janjimu. Jangan pernah bagi sesuatu harapan yang tidak pasti kebenaranya. Ianya hanya membuat orang lain tersinggung. Lebih tepat lagi kecewa.

Mungkin kau ada alasan tersendiri dan keputusan yang lebih baik. Aku maafkan kau sahabat. Semoga kau mendapat kejayaan yang kau harapkan. :)

No comments:

Post a Comment