Baru kini aku tahu siapa kau yang sebenarnya. Rupanya selama ini kau tidak ikhlas menerimaku. Kau hanya ingin memikat hatiku dan setelah itu kau berdusta padaku pabila aku telah berikan kepercayaan padamu.
Kenapa disaat kita ingin disatukan kau nyatakan semua ini. Kenapa kau berdusta!!! Kenapa tidak kau katakan sebelum aku bersetuju mengikat ikatan kita menjadi lebih serius??? Tahukah kau aku sangat terluka dengan setiap patah kata yang kau lafazkan kini. Aku biarkan semua yang kau katakan dan tersenyum menerimanya walaupun hatiku sangat terluka mendengarnya.
Sekiranya ianya belum terlambat ingin sahaja aku leraikan semua ini dan biarkan ia kembali seperti dulu kata. Tiada ikatan antara kita. Tiada ikatan perasaan yang amat menganggu hidupku! Yang membuat aku kekadang tidak tentu arah. Kau buat diriku seperti 'bertepuk sebelah tangan'. Sedangkan kau yang dulu suarakan hasrat hatimu untuk memilikiku secara halal. Mengapa disaat hari itu bakal menjelang kau katakan ini semua kehendakku? Dan bilakah masanya aku katakan semua itu? Adakah kau menyesal membina masjid seawal ini? Kini kau biarkan lagi aku berteka-teki.
Kau buat diriku malu pada diriku sendiri dan lebih-lebih lagi pada keluargaku. Kenapa kau datang dan bertemu kedua orang tuaku seandainya kau tidak maksudkannya? Makin lama aku mengenalimu makin aku tidak mengerti apa sebenarnya yang kau inginkan. Makin aku tidak tahu apa maksudmu sebenarnya.
Setelah aku mula menerimamu kau buat aku begini. Kau buat aku seperti patung yang tiada perasaan! Adakah kau tahu aku ada hati dan perasaan yang perlu dijaga? Aku amat terkilan, kenapa baru kini aku baru mendengar semuanya. Kenapa tidak dari dulu. Selama ini aku membiarkan dan bersetuju dengan dengan setiap cadangan dan angan-anganmu tapi ini yang kau berikan padaku setelah aku percaya padamu. You really hurt my heart.
Mulai saat ini tiada lagi perkataan 'perkahwinan' yang bakal keluar dari mulutku. Kau telah menghancurkan segala kepercayaan yang aku berikan padamu. Kenapa tidak kau fikirkan baik buruknya sebelum kau suarakan hasrat palsumu ini.
Mungkin aku akan pertimbangkan semua ini sekali lagi. Kau anggap ini suatu mainan. Sedangkan ia melibatkan dua pihak. I really dont know what you want... Better you think of what you want to do... Dont hurt you family..
No comments:
Post a Comment