Monday, July 9, 2012

Untukmu Kekasih

        Yakin aku kini kasih. Hidupku bersamamu. Semoga sahaja masjid yang bakal kita bina ini berkekalan hingga ke akhir hayat. Pintaku, bimbing dan pimpinlah daku hingga ke pintu Syurga.
        Segala kekusutan eloklah kita bawak berbincang. Sebarang kesulitan marilah kita sama-sama mengharungi dan menyelesaikannya bersama. Sebagai ketua keluarga, harapanku segala keputusan yang bakal kau lakukan nanti adalah yang terbaik buat kita bersama. Jangan pernah tinggalkanku terkontang-kanting. Jangan pernah abaikan diriku. Harapanku terhadapmu terlalu besar.
        Sebarang kekuranganku harap kau dapat melengkapinya begitu juga disebaliknya. Aku akan cuba memahami dirimu, segala tentang dirimu. Aku akan cuba yang terbaik buat kita nanti. Harapku semoga kau boleh terima sega kekuranganku. Jangan pernah mencaci diriku tapi tegurlah dengan cara yang betul. Aku amat perlukan sokongan yang teguh darimu. Aku insan yang perlu bimbinganmu.
        Walaupun kehidupan kita nanti akan lebih mencabar, semoga kita dapat tempuhinya bersama dengan kesabaran yang mantap. Paling utama sebarang kekusutan kita bincang. Mungkin aku bukan yang terbaik buatmu, tapi aku akan cuba untuk menjadi yang terbaik. InsyaALLAH. Aku mohon padaMU ya TUHAN. Kuatkanlah jodoh kami berdua hingga ke Syurgamu. Amin.

No comments:

Post a Comment