Tuesday, June 19, 2012

Cuba mengenalimu

Blog pon bersawang setelah sekian lama tidak dikunjungi... Maklumlah buzy mengintai masa depan... hahahah... Banyak benda yang tidak dapat dimasukkan akibat kesibukan yang tidak dapat dielak.. huhuhu... Sibuklah sangatkan... Banyak benda yang harus diselesaikan.. Terlalu banyak! hahahah

Kehidupan bertambah rumit! Sangat rumit!
Teka teki bertambah dari hari ke hari. Perasaan makin bingung, tidak tentu arah, tertanya-tanya apa akan berlaku selepas ini. Rasa takut meneruskan hari esok.


         Mengenalinya hampir setahun lamanya namun tidak banyak yang aku faham akan tingkah lakunya. Dirinya umpama iklan chipsmore! Sentiasa berubah-ubah. Itulah yang membuat aku makin tidak mengerti siapa dia sebenarnya.
         Makin aku ingin dekat dan mengenalinya makin aku tidak mengerti. Rasanya seperti aku dan dia makin jauh. Mungkin ini disebabkan aku takut peristiwa lama berulang kembali. Aku harus lebih berwaspada agar diri ini tidak lagi merasa apa itu kecewa.
        Kadang-kadang aku seakan mengerti dia  bagaimana. Tapi ada satu masa aku langsung tidak mengenali dia seperti apa. Bukan tidak cuba memahami dirinya, tapi dia tidak pernah berikan aku peluang untuk mengenali dirinya lebih dekat. Setiap kali aku cuba lebih mengenali dia seakan tidak membenarkan.    Bukan ego yang ingin aku pertahankan tapi peristiwa lama mengajar aku agar lebih berhati-hati.
        Biarlah masa yang tentukan segalanya. Bukan tidak ingin berusaha, tapi aku takut ianya hanya sia-sia belaka. Untuk apa mengharap sesuatu yang tidak pasti? Dia belum pasti akan menjadi milikku. Sering kali mengingatkan diri ini, siapa aku sebenarnya. Bukan tidak menyintai atau menyayanginya tapi aku takut dia sia-siakan diriku.
         Telah sedaya upaya aku pujuk hati ini agar lebih menerimanya, tapi perasaan takut dipersiakan itu sering bermain-main di minda. Bukan takut ditinggalkan tapi takut dibiarkan.
         Perasaan orang boleh berubah-ubah dan aku tidak yakin dirinya boleh menerima aku seadanya. Aku belum cukup yakin dia boleh terima segala kekuranganku. Bukanku tidak mempercayainya tapi aku harus bersedia ke arah itu agar aku boleh bangkit kembali setelah terjatuh nanti. Tidak pernah aku impikan untuk jatuh tapi tidak salah seandainya aku lebih berhati-hati untuk menghadapi hari esok. Aku harus bersedia kearah itu supaya nanti aku tidak terlalu merasakan kekecewaan lagi.
         Walaupun orang kata egoku ini berlebihan, tapi mereka tidak mengerti kenapa aku berbuat demikian. Aku ego bersebab. Aku tidak mahu terlalu tunduk kepada mereka yang belum pasti akan menjadi milikku. Pengalaman lama mengajar aku agar lebih berhati-hati untuk menyayangi seseorang. Oleh itu ego tak ego aku harus pertahankan prinsipku ini. Aku tidak cukup kuat untuk terus merasakan kecewa. Aku juga insan biasa. Yang lemah!
         Mungkin mereka melihat senyumanku, tapi hatiku? Hanya TUHAN yang tahu.
         Mengenalinya kadang-kadang membuat aku rasa dihargai. Tapi aku tidak ingin menyimpan harapan terlalu tinggi. Terlalu banyak lagi yang harus aku tahu akan dirinya. Aku tidak mahu memberikan sepenuh hatiku kepada orang yang belum pasti akan bersama-samaku nanti.
         Walaupun sering kali dia suarakan hasratnya untuk menyuntingku, tapi hatiku belum cukup yakin. Bukan terlalu memilih, tapi ini soal masa depanku. Bukankan perkahwinan itu suatu perjudian sama ada kalah dan menang. Setiap manusia inginkan kebahagian, begitu juga aku.
          Dia terlalu baik buatku, aku takut mengecewakannya dan lebih takut aku akan dikecewakan olehnya. Perwatakannya membuat aku keliru. Seolah-olah dia tidak mementingkan diriku. Bukan perhatian sepenuhnya yang aku harapkan, tapi cukuplah beri aku sedikit masa untuk meluahkan apa yang terpendam didalam hatiku.
          Aku tidak pernah meminta supaya dia bijak untuk memujukku. Lumrah perempuan merajuk, mahu tidak mahu dia harus bijak menaganinya. Bukan setiap kali dia harus menunjukkan kepakarannya itu, tapi cukuplah memahamiku sedikit. Walaupun dia seakan mengerti perwatakanku yang sebenarnya, tapi jujur aku katakan masih banyak lagi yang dia keliru tidak faham akan diriku.
          Itulah sebab kenapa aku tidak ingin terlalu mengharap dirinya, dan sering kali aku katakan 'ada.. adalah, dan kalau tiada... tiadalah' bukan bermaksud aku tidak pernah menghargai kehadirannya jauh sekali tidak menyayanginya. Aku bukanlah jenis yang mudah untuk menyukai atau menyintai orang lain. Tapi bila aku merasakan dia terbaik buatku aku akan terus setia bersamanya, tapi untuk meluahkan segalanya itu amat mustahil aku lakukan. Bukankah semua itu tidak perlu diluahkan? Jadi untuk apa untuk aku nyatakan? Dia sendiri boleh melihat aku sudah mula menyayanginya. Dia sendiri boleh faham akan hatiku padanya. Walaupun tidak banyak yang aku mampu berikan tapi cukup setakat itu kerana dia belum tentu akan menjadi milikku nanti. Sebolehnya aku tidak ingin memberi sedikitpun harapan kepadanya. Biarlah ALLAH dan masa yang tentukan segalanya.
          Andai ada jodoh bersamanya aku tetap menjadi milinya. Cuma harapanku agar dia terus bertahan dengan peragai yang aku tunjukkan. Inilah diriku sebenar. Terlalu banyak kekurangan yang aku miliki. Kalau kesempurnaan yang dia inginkan. Aku bukanlah orangnya.


Sedikit luahan dariku setakat ini.. penat menaip dan berfikir ayat apa yang harus dimasukkan.. heheheh... Rasa sedikit lega meluahkaan apa yang terpendam..

No comments:

Post a Comment